Thursday, August 21, 2008

Tiring

I don't know what to say. But i want to keep writing. So many thing in my head. I further my study in USM. Assignment, presentation, lab report and so many thing i need to do. This is a compact program which capable for me to finish in one year.

Trying to derive the formula. Such as gibs free energy in thermodynamic make me like crazy. The notes too short and can not make me fully understand. Arrggg. Roar in my heard. arrgggg. Tension

Tuesday, April 29, 2008

Aku dan pembentangan viva

Hari ini (28 April 2008) aku telah selesai membuat pembentangan projek tahun akhir. Projek ini bertajuk Penghasilan CCTO Untuk Kegunaan Antena. Aku berjaya habiskan mengikut masa yang diperuntukkan. Debaran yang dirasai sebelum menjelang hari ni seakan-akan lenyap sehingga dadaku terasa ringan dan senang. Apa yang menarik, pensyarah yang menjadi penilai iaitu Dr Zuhailawati, Prof Razali Othman, Dr Mariati, dan Prof Madya Azmi Rahmat hanya mampu mendengar tanpa dapat menanya banyak soalan padaku keitika sesi soal jawab. Aku tidak pasti adakan pembentangan aku tidak difahami, atau kesemua mereka tidak faham. Namun begitu, aku boleh andaikan, projek yang aku lakukan ini tidak menepati bidang kepakaran mereka. Tiada stau pun daripada mereka dariapaja bidang elektroseramik. Disebab itulah, hanya tiga soalan sahaja diajukan. Maklumlah, tajukku iaitu berkaitan dengan antena lebih menjurus kepada elektrik dan maklumat yang aku kemukakan sememangnya aku sendiri tidak pelajari di bilik kuliah. Aku mempelajarinya daripada rakan satu projek denganku dari pusat pengajian elektrik iaitu, Mohd Arif. Banyak perkara telah dijelaskan olehnya kepadaku sepanjang aku bekerjasama dengannya. Sehinggalah gandingan kami telah menjadikan projek ini mendapat hadiah emas di pameran MTE yang berlangsung di Kuala LUmpur baru-baru ini. Pameran ini ialah sebuah pameran bertaraf antarabangsa memberi kelayakan untuk ke pameran seterusnya ke geneva. Aku pun pelik kenapa pihak universiti tidak meneruskannya ke peringkat tersebut.

Selepas mengambil draf tesis daripada Prof Zainal , tidak banyak pembetulan yang ditanda. Cuma prof Zainal memintaku menyemak balik abstrak dalam bahasa inggeris. Sungguh penat. Banyak perkara yang belum diselesaikan. Barang-barang radas masih belum dihantar. Sudah berkali-kali aku pergi jenguk bilik puan fong, tapi batang hidung tak nampak. Insya Allah, esok aku pergi lagi besok.

Pengalaman perbentangan viva banyak mencuit hatiku. Kali pertama aku bercakap di hadapan pensyarah yang veteran, terutama Prof Razali Othman yang merupakan bekas Dekan pertama pusat pengajian kami. Beliaulah yang bertnya soalan kenapa bahan antena daripada CCTO tidak dikomersilkan? Aku dengan spontan menjawab kajian ini masih belum siap sepenuhnya, dan mempnyai potensi besar untuk menggantikan antena yang ada pada hari ini. Dr Mariati yang berada di belakang mengangguk-angguk kepalanya.

Mujurkan ku masih ingat penerangan berkaitan dengan bahan ini daripada Dr Sabar yang banyak membantuku. Beliau merupakan salah seoran pakar dalam elektroseramik, lebih-lebih lagi CCTO. Gelagak beliau ketika aku terserempak dengannya di depan Bilik Multimedia membuatkan aku tersenyum.

"Sudah viva belum, Azwadi?" Tanya beliau dalam pelak Indonesia.

"Belum lagi, Dr. Pukul 11." Jawabku yang ketika itu berada di depan pintu bilik.

"Present elok-elok yer" Beliau mengangkat tangan, membetulkan tie di leherku.

"Insya Allah, Dr". Aku tersengih. Dia tersenyum lalu berlalu pergi.

Dr Sabar banyak membantuku dalam menerangkan fenomena yang berlaku semasa pemprosesan CCTO. Dia sering balik lambat. Kadang-kadang pukul 6.30 petang. Aku yang kadang-kadang terlambat press sampel menghempus nafa lega untuk mendapatkan tandatangan pada borang menggunakan furnace.

Aku pulang ke rumah sewa, penginapan baruku dengan hati yang senang.

Saturday, June 04, 2005

Weblog

Mula-mula aku kenal internet hingga sekarang aku tak terfikir lagi nak buat satu weblog sehinggalah aku tengok weblog seorang rakan aku. Menarik. Hmm. Aku punrasa amat rugi kalau aku tak selidiki dan dalami mengenai hal weblog ni. So ni lah posting pertama aku dalam weblog. Baru jer daftar tadi. Ok. Siapa rakan-rakan yang pakar tu sila berikan tunjuk ajar pepada aku yang jahil nih.